MENYINGKAP PENCEMARAN PARTIKEL TERAMPAI (PM10) DI MALAYSIA (REVEALING OF SUSPENDED PARTICLE POLLUTION (PM10) IN MALAYSIA)
作者:Mohd Hashiq Hashim, Mohd Hairy Ibrahim, Mohamad Ihsan Muhamad Ismail, Nor Kalsum Mohd Isa, Sharif Shofiru Sharif Ali, Mohd Hishamudin Che Omar · 年份:2020 · 研究领域:Air Quality and Health Impacts、Impact of Light on Environment and Health
Abstrak Malaysia merupakan salah satu negara yang telah mencapai status negara maju serta memiliki ekonomi yang kompetitif. Namun demikian, arus pemodenan yang pesat serta pembangunan berterusan tanpa mementingkan alam sekitar akan mengakibatkan pencemaran udara khususnya dalam pelepasan partikel terampai (PM 10 ) ke atmosfera. PM 10 ialah partikel halus yang mempunyai diameter 10 mikrometer atau kurang dan dikelaskan sebagai salah satu bahan pencemar udara dalam Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia (MAAQS). Kawasan perindustrian merupakan salah satu penyebab kepada peningkatan konsentrasi PM 10 sehingga mencecah 58 μg/m3 setahun melebihi nilai yang ditetapkan dalam MAAQS. Malah, kawasan bandar turut menunjukkan konsentrasi PM 10 melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu sebanyak 57 μg/m3 yang disumbangkan oleh faktor-faktor antropogenik serta bilangan kenderaan yang semakin meningkat. Tidak dinafikan bahawa peningkatan konsentrasi PM 10 akan mengakibatkan kemerosotan kualiti udara serta membahayakan kesihatan manusia. Kata kunci: Partikel terampai, PM 10 , bahan pencemar udara, MAAQS Abstract Malaysia is one of the advanced countries in the world with a competitive economy profile. However, rapid urbanization and continuous development without regard to the environment will result in air pollution especially in the releasing of particulate matter (PM 10 ) into the atmosphere. PM 10 is a fine particle with a diameter of 10 micrometers or less ...